Khamis, Februari 05, 2009

Memasang aplikasi dalam sistem operasi FreeBSD menggunakan kaedah Ports Collection

Nota: Terdapat beberapa cara untuk memasang aplikasi dalam sistem operasi freeBSD, tetapi nota ini hanya akan menerangkan tentang penggunaan kaedah Ports Collection.


1. Dapatkan Koleksi Ports (Ports Collection).
Sebelum anda dapat memasang aplikasi yang diperlukan dengan kaedah ini, anda perlu terlebih dahulu mendapatkan Koleksi Ports yang diperlukan. Untuk pengatahuan anda Koleksi Ports merupakan satu set maklumat yang terdiri daripada Makefiles, patches, dan description files yang diletakkan di dalam /usr/ports.

Sewaktu memasang sistem operasi FreeBSD, anda akan ditanya samaada anda ingin memasang Koleksi Ports atau sebaliknya. Sekiranyanya anda telah memilih tidak, anda masih boleh mendapatkannya dengan menggunakan arahan Portsnap pada aplikasi terminal anda.

Portsnap merupakan satu alternatif bagi mendapatkan Koleksi Ports. Selain itu anda juga boleh menggunakan CVSup atau Sysinstall.

Berikut adalah arahan yang perlu digunakan

1. # portsnap fetch - untuk muat turun Koleksi Ports ke dalam /var/db/portsnap.
2. # portsnap extract - untuk mengakstrak Koleksi Ports ke dalam /usr/ports untuk pertama kali.
3. # portsnap fetch update dan # portsnap update - untuk mengemaskini Koleksi Ports dengan maklumat terkini


bersambung...




untuk rujukan yang lebih terperinci sila layari
http://www.freebsd.org/doc/en/books/handbook/ports-using.html

0 komen :

Hantar Pandangan

<< Halaman Utama